Wednesday, March 9, 2011

Gambar Burger Gergasi Over de Flames

Tuesday, March 08, 2011 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: 
Mau makan apa tengahari ni? Nak cuba burger gergasi cam gambar di atas tu? Itu Burger Over De Flames namanya. Kalau dapat habiskan kesemuanya (sebiji sahaja), tak payah bayar tapi kalau tak habis kena bayar aa dengan harga sebiji burger gergasi tersebut £30 (RM148.70).

Burger ini hanya terdapat di Restoran Over De Flames, Norwich, Britain.

Difahamkan, burger yang berukuran 30 sentimeter ini mengandungi 13,000 kalori yang terdiri dari tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad.

Wow! ini bukan makan lagi tapi mentekedarah tahap melampau dah ni.


Tuan punya restoran, Sudeep De (gambar) nak bagi £200 (RM989.70) kepada sesiapa yang berjaya menyahut cabaran menghabiskan burger tersebut. Setakat ni 26 orang dah mencuba tapi gagal.

Saintis Realisasikan Rumah Terapung Macam Dalam Filem UP

Tuesday, March 08, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: 

Pernah tengok filem animasi UP? Ala..kisah orang tua yang menerbangkan rumahnya dengan menggunakan beribu-biru belon yang diisi gas helium tu. Ala..cam gambar kat atas tu.

Dalam filem, apa-apa pun boleh jadi kan. Tapi tak mustahil untuk menerbangkan atau mengapungkan rumah dengan menggunakan belon. Ini kerana kumpulan dari National Geographic telah berjaya membuktikan mengapungkan rumah dengan belon.

Kumpulan yang terdiri dari beberapa saintis,jurutera, juruterbang belon dan berdozen sukarelawan berjaya mengapungkan rumah setinggi 10,000 kaki di udara dengan menggunakan 300 belon helium.


Eksperimen ini dilakukan sebagai sebahagian dari siri baru National Geographic TV bertajuk "How Hard Can it Be? "

wow! tak sabar nak tengok. Jika dilihat video footage dibawah, nampak seperti belon yang digunakan bukan belon biasa yang anak-anak kita main atau ketika birthday party, tapi belon besar punyer..

Gambar Magda & Lenka, Kura-Kura Dua Kepala

Tuesday, March 08, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: 
Kepala sebelah kiri, namanya Magda, manakala yang sebelah kanan pula Lenka. Kura-kura ini mempunyai dua kepala dan berkongsi satu badan serta mempunyai lima kaki.

Jika berminant nak melihat lebih dekat, boleh la berkunjung ke Zilina, Slovakia kerana kura-kura ini sedang dipamerkan disana untuk tatapan umum.

Difahamkan, kura-kura ini dari Geochelone sulcata.

Wednesday, March 2, 2011

Adakah Ini Gambar MyVi 2011??

Tuesday, March 01, 2011 by Mr PenyuBiru ·
Labels: 
Adakah ini MyVi 2011 yang heboh diperkatakan?? Nampak tidak jauh beza dengan MyVi yang sedia ada cuma beza dari facelift. hmmm...sama-sama kita nantikan perlancarannya nanti..

Lagi gambar..




20 gigit jari ditipu nyah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.
KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.
GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.
Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

   
  • FotoBUKTI...Mohd Fitri menunjukkan SMS yang dihantar lelaki terbabit.
  • FotoBUKTI...antara dokumen dan perjanjian yang dibuat lelaki terbabit dengan mangsa.
“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya.
“Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.

Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu.
Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.



Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.


“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.

“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya.
Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.

“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.

“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.

“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Tuesday, March 1, 2011

Nama-nama yang dilarang dalam islam


Nama-nama yang dilarang di dalam Islam..
Berikut adalah senarai nama2 yang tidak elok diberikan pada anak2.

Semoga menjadi panduan terutama pada bakal ibu dan ayah!

Abkam = Tidak celik, buta
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang *****
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang *****, *****
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang *****
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh  



huhu.. nama anda tersenarai ?