Thursday, February 17, 2011


Malaysia: Shah Rukh Dah Sedia Shooting Don 2

Betulkah Pengacara Ally Iskandar Dah Pun Bertunang?

8 FEB 2011: Rasa Murai Batu ramai yang dah tahu bahawa sebelum ini superstar Bollywood, Datuk Shah Rukh pernah menguar-uarkan berita bahawa dia bakal menjalani penggambaran filem Don 2 di Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka pada bulan Februari.

Malah, bukan setakat itu saja, filem Don 2 yang merupakan sekuel kepada Don pertama yang mecetuskan blockbuster sewaktu ianya ditayangkan di pawagam pada 2006 juga bakal mengetengahkan beberapa pelakon tempatan.

Salah seorang daripadanya ialah Ady Putra yang akan memegang watak sebagai peguam Shah Rukh. Ady Putra sendiri telah pun mengesahkan tentang penglibatannya dalam filem Shah Rukh yang termahal itu.

Apa yang menarik, penggambaran Don 2 di Malaysia yang selama ini ditunggu-tunggu sudah pun bermula pada hari ini di lokasi pertama iaitu Sungai Udang di Melaka.

Pelakon Ady Putra yang bakal muncul dengan filem Hanyut arahan U-Wei Hj Shaari khabarnya tengah sibuk menjalani penggambaran di sana untuk scene penjara.

Setakat ini, Ady masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Shah Rukh lagi. Namun, Murai Batu difahamkan, Shah Rukh sudah pun sampai ke sini dengan selamatnya pada hari semalam.

Shah Rukh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang bersama seorang lagi bintang Bollywood yang sensasi iaitu Priyanka Chopra. Mereka tiba ke sini pada jam 7.25 pagi.

Difahamkan, ketibaan mereka telah disambut oleh rakan Shah Rukh iaitu Datuk Lorna Enan Muloon. Ia sempat dirakamkan oleh wartawan The Star iaitu Joshua Foong.


Murai Batu percaya mesti ramai yang sibuk mengerumuni penggambaran filem Don 2 nanti. Yelah, apa taknya. Khabarnya, penggambaran filem Don 2 ini akan diadakan selama sebulan di negara ini di beberapa lokasi yang telah pun Murai Batu sebutkan di atas tadi.

Hai, puaslah peminat Shah Rukh bila dapat menatap wajah aktor Bollywood yang mereka gilai itu ya.

MURAIBATU: Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment