Friday, January 28, 2011


Fasha Nafi Berpisah 2 Bulan Lalu

Sah! Fasha Dan Jejai Dah Putus

     Rasanya, kalau Murai Batu selak mana-mana ruangan hiburan dalam satu dua akhbar perdana, pastinya kisah Fasha dan Jejai ini menjadi topik utama.
KL, 27 JANUARI 2011:
 Tidak dinafikan, cerita paling hangat untuk sepanjang minggu ini ialah kisah perpisahan hubungan cinta antara pelakon Fasha Sadha dan usahawan muda, Jejai.

     Pelbagai spekulasi telah timbul mengenai punca terputusnya hubungan mereka berdua ini dan salah satu darinya ialah ada cakap-cakap yang menyatakan bekas isteri Jejai, Nora Danish merupakan individu utama penyebab perpisahan Fasha dan Jejai.

     Bagaimanapun khabar ini dinafikan Jejai dalam sebuah akhbar tabloid dan Nora Danish sendiri menegaskan dia bukanlah penyebab utama perpisahan itu. Mungkin itu adalah kenyataan dari Jejai dan Nora. 

     Bagaimanapun dalam akhbar tabloid yang Murai Batu baca hari ini, Fasha secara tiba-tiba melenting kerana tak puas hati dengan satu kenyataan balas Nora dalam akhbar yang sama semalam. Kata Fasha, benar dia dan Jejai telah berpisah namun kenyataan dari Nora Danish yang mengatakan mereka berpisah sejak dua bulan lalu adalah tidak benar sama sekali.

     Fasha juga menegaskan yang dia ada bukti bahawa dia dan Jejai sebenarnya masih bersama sehinggalah 18 Januari yang lalu dan bukannya berpisah sejak dua bulan lalu seperti yang dikatakan Nora. Alamak macam tarikh bercerai pula. Mana taknya, siap ada tarikh rasmi lagi.

     Murai Batu perhatikan, Fasha nampaknya bersungguh-sungguh dengan setiap kenyataannya.Tambah Fasha lagi, ketika Jejai dan keluarganya bercuti ke Jepun, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali sehari dan menghantar SMS setiap waktu. Mereka akan bercakap hampir sejam dan kenyataan Nora bahawa Jejai menghubungi Fasha hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah. 

     Fasha juga mengingatkan Nora bahawa dia(Nora) tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungannya dan bekas suami Nora itu sekiranya benar Nora bukan punca perpisahan mereka.

     Bagi Fasha, cukuplah pengakuan mereka sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya mereka berdua tahu puncanya dan dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak atau melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang.

     Ironinya bagi Murai Batu, apa sebenarnya yang Fasha ingin bangkitkan di sini? Mereka sudah sah berpisah dan tiada hubungan. Tak kiralah sama ada, dua bulan lalu atau 18 Januari lalu, pucuk pangkalnya mereka sudahpun berpisah. Noktah. Sayonara. Tamat.

     Melainkan sekiranya Fasha dan Jejai masih bersama, tiba-tiba Nora buat kenyataan mereka sudah berpisah. Itu betul-betul fakta yang salah dan Murai Batu rasa Fasha berhak menegakan keadilan.

     Tindakan Fasha melenting tak tentu pasal ini juga, mungkin boleh membuatkan orang berpendapat yang dia betul-betul mempunyai masalah dengan Nora. Ish, ish, ish, tak mahulah Murai Batu bercakap lebih-lebih.
Tak tahulah apa lagi Murai Batu nak kata pasal kisah mereka ini. Mungkinkah dalam hati Fasha masih ada Jejai namun cinta mereka tak kesampaian? Hanya mereka saja yang tahu.

MuraiBatu: Cemburu dengan warga kerja MIG yang dapat durian runtuh baru-baru ini. Kalau macam ini, Murai Batu pun nak sertai MIG. Jadi pak pacak untuk setiap filem pun cukuplah.

No comments:

Post a Comment