Wednesday, January 12, 2011


Hanya UEM, KWSP masuk deposit tunai RM50 juta, kata PLUS

KUALA LUMPUR, (Bernama) - PLUS Expressways Bhd yang menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir untuk menerima tidak lagi menerima tawaran baharu cadangan pengambilalihan Plus Expressway. 
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, ia juga berkata hanya UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memasukkan deposit tunai sebanyak RM50 juta dan surat daripada pembiaya berhubung keupayaan kewangan untuk melaksanakan dan menyelesikan cadangan pengambilalihan perniagaan syarikat. 
"Pengumuman lanjut akan dibuat selepas lembaga pengarah membuat keputusan," katanya. 
Pada Oktober tahun lepas, UEM-EPF menawar untuk mengambil alih perniagaan dan tanggungan, termasuk semua aset dan liabiliti Plus Expressways pada pertimbangan aggrigate belian RM23 bilion. 
Bulan lepas, operator lebuh raya negara itu menerima tawaran kedua daripada Jelas Ulung Sdn Bhd, juga untuk perniagaan dan tanggungan sebanyak RM26 bilion. 
Berikutan itu, ia menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir untuk tawaran baharu, dan menetapkan penawar memasukkan deposit tunai RM50 juta dan pengesahan bertulis tanpa syarat bahawa mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksana dan menyelesikan cadangan pengambilalihan itu.

No comments:

Post a Comment