Monday, January 10, 2011

Kes Sosilawati: 26 Jan. dengar permohonan celahan

10/01/2011 10:35am

SHAH ALAM 10 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 Januari ini untuk mendengar permohonan peguam, N. Pathmanabhan bagi mencelah dalam rayuan dan semakan kehakiman terhadap pekerja ladangnya yang dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menangguhkan prosiding hari ini selepas membenarkan permohonan peguamnya, Amer Hamzah Arshad yang memerlukan masa untuk memfailkan jawapan terhadap afidavit balasan oleh pihak pendakwaan.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa membunuh jutawan kosmetik, Sosilawati; pemandunya, Kamaruddin Shansudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noor Hisham Mohamad pada Ogos tahun lalu. - Utusan

No comments:

Post a Comment