Monday, January 10, 2011

Maybank buka pusat perbankan mewah

SINGAPURA 9 Jan. - Maybank Singapore membuka pusat perbankan mewah keduanya di Holland Village di sini, hari ini bagi memanfaatkan pengguna perbankan mewah yang tinggal di kawasan tersebut.
Pusat perbankan mewah pertama bank itu terletak di cawangan utamanya di Maybank Tower di daerah kewangan bandar raya ini.
Pusat perbankan di cawangan Holland Village itu dirasmikan oleh Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
Ketua Perbankan Pengguna Maybank Singapore, Helen Neo berkata: "Kami mahu mengukuhkan kedudukan kami di kawasan-kawasan di Singapura di mana segmen sasaran ialah pengguna perbankan mewah.
"Lapan puluh lapan peratus daripada komuniti di kawasan Holland Village tinggal di kondominium atau hartanah tetap kekal, menjadikan ini pilihan jelas kepada kami untuk menempatkan pusat perbankan mewah kami,".
Beliau juga berkata, ini membentuk sebahagian daripada strategi bank untuk meningkatkan operasinya kepada tiga pusat, termasuk sebuah di bahagian timur Singapura.
Perbankan mewah di Maybank Singapore menawarkan pelbagai produk berbanding perbankan runcit, termasuk penyelesaian perancangan legasi, pelan insurans serta lebih banyak pilihan bagi pelaburan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment