Monday, January 10, 2011

Setuju jika Felda beli

Oleh Hayati Ibrahim 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
thumbnail

PEGANGAN QSR Brands Berhad (QSR) dan KFC Holdings Berhad (KFCH) perlu dikekalkan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menjaga kepentingan dan generasi akan datang sekali gus mengelak rangkaian restoran makanan segera itu diambil alih individu yang hanya mementingkan wang dan keuntungan.
Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) berkata, beliau mengalu-alukan cadangan Felda yang sanggup membeli jika Johor Corporation (JCorp) benar-benar mahu menjual dua entiti itu bagi mengatasi bebanan hutangnya. “Bagi saya eloklah (dijual kepada Felda) berbanding dijual kepada individu. Saya bukan antiindividu, tetapi kita kena faham, kita boleh lihat banyak syarikat yang dijual kepada individu tak sampai ke mana...hilang, esok bila dia mati, habis begitu saja, anak cucu tentu tak dapat (manfaat).

“Di Malaysia banyak aset dan perniagaan dikendalikan dengan baik oleh GLC, dalam kes ini mungkin... kalau Jcorp nak jual juga dan Felda bersedia nak beli... eloklah.

“Malah, saya yakin banyak lagi GLC lain berminat nak beli bagi mengelak pegangan hak milik yang sudah cantik ini bocor,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Catur Bistari KFC peringkat kebangsaan 2010/11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan KFCH, Jamaludin Md Ali.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad yang sanggup membeli QSR dan KFCH jika JCorp mahu menjual kedua-dua entiti berkenaan.


Mohd Isa dilaporkan berkata, Felda memiliki pengalaman dan kekuatan bagi mengendalikan entiti besar termasuk mampu menawarkan pasaran yang besar berlandaskan masyarakat Felda yang besar.

No comments:

Post a Comment