Sunday, January 2, 2011

Tips Jadi Kaya Dengan Kaki Lipas

Kaki Lipas Dalam Spaghetti
Ramai orang mahu jadi kaya. Kaya harta. Kaya wang ringgit. Kaya semua. Siapa yang tak ingin jadi kaya kan. Even peminta sedekah pun mahu jadi kaya. Apabila sebut kaya kita akan terpikirkan wang ringgit yang banyak. Hinggakan ada yang berkata “Segala-galanya perlukan wang tapi wang bukanlah segala-galanya”.
Dalam entri ini aku mahu memberi satu tips mudah untuk anda menjadi kaya. Memang mudah giler. Jika anda pikir “login facebook dapat duit” itu mudah, tips yang aku beri ini lagi mudah. Jika anda pikir “semudah A,B,C” itu mudah, tips yang aku beri ini lagi mudah, semudah A jer. :tongue:
Tips ini senang jer. Anda perlu order makanan di Pizza Hut dan makan. Kemudian muntah dan pling! anda sudah jadi kaya! hehe.. :biggrin:
Tak faham??
Ok. Baca berita di bawah ni. Tapi dalam bahasa omputih la.
Sekarang dah faham?
Nampak tak anda boleh buat duit dengan mudah hanya dengan menggunakan kaki lipas. Dapat RM55K tu.
Ceritanya begini, pensyarah tersebut sedang syok layan spaghetti kat Pizza Hut. Baik punyer makan, sekali ternampak kaki lipas dalam spaghetti tersebut. Apalagi pensyarah tersebut pun termuntah la. Kalu aku pun termuntah. Giler ko ade kaki lipas dalam makanan yang ko tengah makan.
Pensyarah tersebut apalagi, saman aa Pizza Hut tersebut dengan saman kerosakan umum – RM5K, saman kerosakan tauladan-RM50K. Jumlah RM55K dan pensyarah tersebut menang kes tersebut. Fuhh..bestnyer dapat RM55K dengan kaki lipas jer.
Tapi ada satu lagi yang menarik perhatian ku. Kenyataan balas dari pihak Pizza Hut. Itu bukan kaki lipas tapi bawang kering. Erk! Tertiba aku terpikir nak boikot makanan yang ada bawang kering.
Bagaimanapun kenyataan tersebut bercanggah pula dengan kenyataan Area Manager Pizza Hut di mana manager tersebut mengakui memang terdapat beberapa outlets Pizza Hut yang mengalami masalah lipas. hohoho… tertiba kembang plak tekak aku. :sick:
Kaki Lipas Dalam Spaghetti
So, sekarang anda sudah faham tentang tips nak jadi kaya dengan kaki lipas? hehe..
Persoalannya disini. Jika spaghetti pensyarah itu ada kaki lipas, spaghetti sape pula yang ada badan lipas? hoho..
Kaki lipas pun dah boleh saman RM55K, agak-agak badan lipas punyer saman mau cecah RM1 juta kut. hehe.. :tongue:
Berita sepenuhnya tentang artikel ini boleh baca di Sun2Surf.
p/s : hmmm…  tertiba dalam kepala otak aku kuar gambar kaki lipas + black pepper spicy chicken burger = RM55K. hehe… :tongue:

No comments:

Post a Comment