Sunday, January 2, 2011

Kenapa Kebanyakkan Restoran Fast Food Guna Warna Merah?

Jika kita perhatikan restoran makanan segera atau fast food di Malaysia ini, kebanyakkannya menggunakan warna primer merah sebagai logo dan juga warna tema restoran mereka. Anda boleh saksikan sendiri di KFC, McDonald’s, Pizza Hut, Burger King, Domino’s Pizza dan sebagainya.
Semua yang aku senaraikan tu mempunyai warna merah pada logo dan juga warna tema restoran mereka. Persoalannya di sini, mengapa warna primer merah menjadi pilihan? Banyak lagi warna lain. Jika masa sekolah rendah dulu, aku tau 12 kaler sahaja, tapi bila dah mengenal MS Paint, rupanya ada banyak kaler lagi. Tu belum cerita pasal kaler dalam Adobe Photoshop lagi. Eh! kelaut pula.
Ok. Jika penggunaan warna merah tersebut kerana untuk menarik perhatian pembeli, warna terang yang lain pun boleh tarik perhatian juga seperti kaler oren terang, kaler kuning terang, kaler merah jambu terang dan sebagainya yang berakhir dengan perkataan terang di belakangnya.
Mengapa ya? :whistle:
Ini kerana menurut kajian kesan warna ke atas psikologi manusia, warna merah dipercayai dapat membuatkan kita berasa lapar.! Ya! Warna merah membuatkan perut kita terasa lapar. Kes dari mata turun ke perut la ni. Sebab tu bila kita pergi jalan-jalan windows shopping kat shopping complex (windows shopping dah tentu kat shopping complex kan? takkan kat taman bunga plak) , bila kita terpandang saja restoran yang aku sebutkan di atas, terus kita berasa lapar dan seterusnya membuat aksi kesian supaya pasangan anda membelanja anda makan. Biasanya pasangan anda akan iakan sahaja sebab pasangan anda pun berasa lapar juga sebenarnya. Habis, dah dua-dua kena psiko dengan warna merah, dua-dua lapar lah. hehe.. :D
Nampak tak bagaimana warna digunakan untuk memanipulasi kita supaya kita lapar dan seterusnya singgah makan di kedai mereka. Bijak..bijak..
Bagaimanapun, aku mendapat satu idea untuk mengatasi masalah kena psiko oleh warna merah ni. Idea aku ni mungkin bernas tapi mungkin tidak sesuai dengan keadaan. Tapi anda dinasihatkan mencuba dulu idea aku ni. Belum cuba belum tahu kan.
Caranya, anda pakai cermin mata hitam! hehe… :D
Confirm, apa yang anda nampak semuanya gelap dan kelam. Dengan cara ini, restoran-restoran di atas agak sukar untuk psiko anda dan seterusnya secara tak langsung dapat menjimatkan duit anda dari makan di restoran fast food.
Selamat mencuba! :p

No comments:

Post a Comment