Sunday, January 2, 2011

Siapa Kata Penganggur Tak Boleh Hidup Mewah?

Tertarik aku membaca artikel di kosmo hari ini. “Pakai Mercedes walaupun menganggur”. hoho..
Tiba-tiba aku rasa nak pindah dan tinggal di Britain dan menjadi penganggur di sana. Mana taknya, kerajaan Britain memberikan elaun sara hidup kepada golongan penganggur.  Bukannya sedikit, tapi ribu-riban beb!.
Contohnya, Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey memperoleh elaun sara hidup sebanyak RM207,765 setahun atau lebih kurang RM17,313.75 sebulan! Wow! Kalah pendapatan blogging RedMummy sebulan. hehe.. :D Dahlah tu, dia dapat duit tu bukannya hasil dari blogging tapi tanam anggur jer.
Sampaikan Peter Davey ni cakap tak mau bekerja dah. Nak nikmati elaun tu jer.
“Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur”
Dengan elaun tersebut, Peter dapat tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Bukan itu sahaja, dapat beli televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit. Isteri dia pun tak bekerja juga.
Wah! syoknya.
Dahlah tu. Sekarang ni dia masih tak puas hati dengan kadar elaun tersebut dan minta dinaikkan lagi dengan alasan dia bakal menerima anak kelapan dan kos sara hidup semakin meningkat.
Macamana kos sara hidup tak meningkat dah perbelanjaan ko besar. Inilah orang kata bagi betis nak peha, bagi peha nak err… korang sambung sendiri! la :D
Adeh! macam-macam hal dalam dunia ni. Ingatkan jadik blogger jer boleh hidup mewah, tapi jadik penganggur pun boleh hidup mewah juga. huhu..
ade sape² lagi nak join aku pindah ke Britain? hehe :D

No comments:

Post a Comment